Tafaqquh Fiddin 2017

MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN

Majlis Tafaqquh Fiddin merupakan salah satu Program HZPS 2017 yang akan disampaikan oleh ulama antarabangsa yang terkemuka. Program ini merupakan kesinambungan daripada kehadiran ulama-ulama dalam Persidangan Ulama Antarabangsa yang merupakan salah satu daripada program utama HZPS 2017. Majlis ini memberi peluang kepada masyarakat Malaysia khususnya umat Islam seluruhnya untuk mengambil manafaat kerohanian, keilmuan dan bimbingan yang akan disampaikan oleh ulama tersebut.

Majlis ini bukan sahaja menekankan aspek ilmu dan peradaban, malah ia menganjurkan rakyat untuk mempraktik dan mengarus-perdanakan nasihat dan bimbingan yang dikongsi untuk ketenangan, kesejahteraan, kemakmuran, dan kedaulatan Islam di negara kita. Umat Islam digalakkan untuk mendekati ulama agar tidak terpedaya dengan fitnah di akhir zaman kerana ulama adalah pewaris Rasulullah SAW.

Majlis Tafaqquh Fiddin akan diadakan di Masjid PutradanDataranPutra, Putrajaya pada 29 Julai 2017 selepas solat Maghrib. Bahasa pengantar adalah samada Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta akan diterjemakan kepada Bahasa Melayu oleh Ulama jemputan dari negara kita. Ceramah Umum ini bersifat terbuka dengan kehadiran umum dianggarkan mencecah 200,000 orang.

ARTIKEL BERKAITAN

VIDEO BERKAITAN