Naqsh Tourism Festival Uzbekistan

 

NAQSYBANDI TOURISM FESTIVAL: UZBEKISTAN 2018 adalah satu program yang dilaksanakan selama 7 hari bertujuan untuk mengeratkan siraturrahim antara pengamal tarekat naqsybandi dan untuk merasai pengalaman kerohanian yg indah di bumi para auliya terutamanya 8 masyaikh Naqsybandi.

Di Uzbekistan terdapat 8 maqam para masyaikh Naqsybandi yang terdiri daripada:

1. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh Abdul Khaliq AI-Gajduwani Ibnu alImam Ab Jamil q.s.
2. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh Arif Riwukari q.s.
3. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh Mahmud Al-Anjir Faghnawi q.s.
4. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh Ali Ar Ramitani q.s
5. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh Muhammad Baba As Samasi q.s.
6. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh Sayyid Amir Kulal bin Sayyid Hamzah q.s.
7. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh As Sayyid Bahauddin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Asy Syarif Al Husaini Al Hasani Al Uwaisi Al Bukhari Q.S
8. Al ‘Arif Billah Asy Sheikh Nashiruddin Ubaidullah Al-Ahrar AsSamarqandi bin Mahmud bin Sihabuddin q.s.

Disamping itu juga terdapat maqam ulama yang tersohor seperti Imam Bukhari, Imam Maturidi. Syaidina Qasim ibnu Abbas r.a dan lain-lain lagi. Insya Allah peserta berpeluang melihat salah satu daripada empat mushaf Al Quran Uthmaniyyah yang asli di Tashkent.

Program yang berlangsung selama 7 hari ini merangkumi aktiviti seperti majlis zikir, selawat, maulid, tausiah daripada para masyaikh dan lawatan ke maqam-maqam terkemuka.

NAQSYBANDI TOURISM FESTIVAL UZBEKISTAN 2018 atau disebut juga sebagai INTERNATIONAL NAQSYBANDI IJTIMA.

Tarikh: 7-14 Nov 2018.
Tempat :UZBEKISTAN

Melalui platform ini, kami berharap untuk berkumpul bersama-sama para masyaikh dan menziarahi
para auliya yang beristirahat di bumi bertuah Bukhara dan Samarkand.

Berikut merupakan masyaikh yang telah mengesahkan kehadiran mereka.

1. Sheikh Mohammad al Habib DB. China. Jahira Naqsybandi.
2. Sheikh Dr Mohammad Rajab Dib DB. Naqsybandi alKhalidiah.
3. Sheikh Kazi Rezaul Haque DB. Bangladesh. Naqsybandi Khas Mujadidi.
4. Sheikh Alsharif Abdullah Alhusaini Naqsybandi Mujadiddi DB. Morocco .UK
5. Mufti Uzbekistan DB. Naqsybandi
6. Sheikh from. Turkey. Naqsybandi Al Khalidiah.
7. Sheikh Zulfikar Ahmad Mujadiddi DB.
8. Sheikh Aleey Abd Qadir DB. Naqsybandi Ahmadiyyah
9. Sheikh from Indonesia and Malaysia.

InsyaAllah di sana nanti akan diadakan satu majlis selawat dan maulid bersempena bulan Rabiul Awal sekaligus memperingati kasih sayang Sh Bahauddin q.s kepada Rasulullah s.a.w.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendaftar tempat sila layari:

(Bahasa Melayu)
https://drive.google.com/open?id=137xRd-B2teRrXCujOAwTOSN8gzGD5qrE

(English)
https://drive.google.com/open?id=1BOOqy9bD4d5Dwmds8XDIGcJzeoX4Je6m

(Arabic)
https://drive.google.com/open?id=1QO6UAHYOlv6CBwRajNyNdJ-RMPRlJ1Eh

(Turkish)
https://drive.google.com/open?id=1-xRIWQieUF1t50UPik_sc5SQrlX-PX-d

atau

http://naqshbandi-ijtima.blogspot.com/2018/09/blog-post.html?m=1

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian yang diberikan serta kecintaan pihak tuan terhadap para masyaikh kita.

Semoga kita dipertemukan di sana.

Terima kasih

Sheikh Abd Kareem Said Khadaied Mujadiddi.
Exec Sec
WORLD SUFI CENTER.