Coretan SUA PERTAMA

Assalamualaikum.

Pertubuhan ini adalah satu badan NGO yg dianggotai oleh individu atas kapasiti individu. Tiada mana-mana ahli memasuki pertubuhan ini sebagai wakil mana-mana tarekat.

Oleh itu PERTAMA bukan satu badan NGO yg menggabungkan semua tarekat tetapi hanya satu NGO yg dianggotai oleh kepelbagaian pengamal tarekat.

Tujuan kami semua adalah untuk mencari kebaikan dan juga inshaallah dapatmengarusperdanakan amalan-amalan tarekat dalam masyarakat demi pembangunan negara.

Usaha sedang berjalan untuk bergerak ke arah mewujudkan satu Majlis Sufi Negara dengan kerjasama semua aliran tarekat, para akademik dan agensi kerajaan seperti JAKIM dan yang berkaitan demi berbakti kerana Allah S.W.T. Majlis ini akan bertindak sebagai badan rujukan dan boleh memberi garispanduan pembangunan institusi tarekat.

Untuk itu, satu Lajnah Pemantapan dan Pemurnian Tarekat telah diwujudkan yg dianggotai oleh tuan tuan-guru, para professor dan para masyaikh. Mereka baru mula bertugas.

Senarai ajk ada tertera di sini.

Kami semua khadim bukan orang hebat dan tidak mengaku wali Allah S.W.T. Kami hanya hamba- hamba Allah S.W.T yg hanya mahu berbakti mencari keredhaan Allah S.W.T.

Syarat mendapat keahlian dalam PERTAMA ialah pengamal tarekat mesti dapat pengesahan dari mursyid.

AJK PERTAMA mengalu- alukan semua pihak yg mahu bekerjasama demi mencari kebaikan untuk negara. Jika ada mana-mana yg lemah antara kita ,kita kuatkan,yang kuat kita perkukuhkan.Jika ada yg tersesat jalan, kita pandukan jalan.InsyaAllah

Semoga diberkati Allah S.W.T dan memberi senyuman di bibir yg paling indah Nabi Muhammad S.A.W.

cropped-cropped-cropped-3467_1708385949411207_1341075015561908237_n-e1477983784308-1.jpg

Abd. Kareem bin Said Khadaied

Setiausaha Agong

PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA