PERSIDANGAN ULAMA’ ANTARABANGSA –

ISLAM DAN KEBANGKITAN PERADABAN

Islam seringkali dikaitkan dengan fahaman sempit (chauvinism) dan sikap taksub. Malah turut didakwa mendokong dogmatism, sikap tidak toleran (intolerance), dan dihubungkaitkan dengan kumpulan pelampau (extremism). Kini, Islam adalah agama yang paling disalahfahami, bahkan di kalangan kaum Muslimin sendiri.

Demi mengupas lebih lanjut permasalahan tersebut, sebuah persidangan selama tiga hari diadakan bagi menghimpunkan pembicara tempatan dan antarabangsa untuk membentangkan idea-idea mereka mengenai permasalahan dan halangan menuju kebangkitan peradaban Islam yang berupa cabaran faham sekular (secularism) dan pensekularan (secularization), dan juga faham radikal dan melampau dan bagaimana mengatasinya.

Untuk menyertai persidangan ini, sila hubungi +60326985768 atau emelkan kepada nurjannah@tarekat.org (Nurjannah) atau abdulkareem@tarekat.org. Di sini, turut dikepilkan jemputan pembentangan makalah yang mengandungi tatacara untuk menyertai persidangan ini.

TARIKH-TARIKH PENTING.

  • Tarikh akhir menghantar abstrak: 15 Mei 2017
  • Tarikh pengumuman penerimaan abstrak: 30 Mei 2017
  • Tarikh akhir penerimaan kertas kerja: 30 Jun 2017
  • Tarikh persidangan akan berlangsung: 26- 28 Julai 2017
JEMPUTAN PEMBENTANGAN MAKALAH MELAYU