SIMPOSIUM TAREKAT TASAWUF NUSANTARA

Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara 2017 edisi ke-3 ini akan membentang dan membahaskan kertas kerja yang bertemakan “IHSAN ASAS WASATIYYAH”. Edisi kali ini akan menjemput dan menampilkan para ulama, pengamal, penyelidik dan cendiakawan tarekat tasawuf daripada seluruh pelusuk Nusantara. Penganjuran simposium sebelum ini berjaya mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelbagai pihak sehingga mencecah 500 penyertaan. Pihak PERTAMA mengambil tanggungjawab ini untuk meneruskan simposium bagi menyebarkan ilmu dan dakwah kepada seluruh umat Islam berhubung kepentingan dan keperluan amalan tarekat tasawuf. Hal ini amatlah dititik beratkan bagi meneruskan kelangsungan program HZPS 2017.

Antara matlamat Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara 2017 ialah:

  • Membincangkak asas kepada pembentukan wasatiah dalam kehidupan bermasyarakat.
  • Memastikan kesinambungan ilmu dan amal dalam amalan tarekat tasawuf yang berlandaskan hukum syarak.
  • Menghidupkan dan menyemarakkan budaya ilmu di kalangan, peminat tasawuf dan para peserta simposium.
  • Memberi maklumat kepada pengamal tarekat tasawuf dan peserta Simposium berhubung tarekat tasawuf yang sebenar berlandaskan syarak.
  • Mendidik, menyedarkan dan memurnikan tarekat tasawuf daripada unsur-unsur penyelewengan dan perkara khurafat secara tersembunyi yang diserap masuk oleh pengamal tarekat tasawuf itu sendiri.